Usaha
untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan daripada remaja ini pada
awalnya agak sukar. Renungan yang tajam, pendiam dan enggan membabitkan
diri dengan pelbagai aktiviti yang diatur menyebabkan gadis ini memang
payah untuk didekati.
Namun entah bagaimana, dia mula mendekati dan kesempatan itu merupakan peluang untuk saya bertanyakan lebih lanjut mengenai kehidupannya dan mengapa akhirnya dia berada di rumah perlindungan yang terletak di pinggir ibu kota itu.
Menurut Ani (bukan nama sebenar), 14, dia berada di rumah perlindungan berkenaan atas kehendaknya dan tidak dipaksa oleh sesiapa pun, malah berasa lebih senang berada di situ.
Namun, disebabkan pengalaman silam dia sukar untuk mempercayai orang lain termasuk ahli keluarganya.
“Ibu ada juga datang meminta saya tinggal dengan dia, tetapi hati masih berbelah bahagi memandangkan rasa kecewa dengan sikapnya sebelum ini yang hampir menjerumuskan saya ke kancah maksiat dan menggelapkan masa depan,” katanya tenang memulakan bicara.
Menurut Ani, dia berasal dari keluarga yang berpecah-belah. Ibu ayahnya telah bercerai dan kemudian masing-masing telah berkahwin lain serta mempunyai keluarga sendiri.

0 Response to "Dah tak lalu digomol nafsu oleh ayah tiri "
Post a Comment