(Foto) 'Saya memang tak pakai coli, tak sempat'


Selepas beberapa lama tertunda akhirnya Nikita Mirzani muncul di Ibu Pejabat Polis Jakarta Selatan untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes pemerdagangan orang.

Selebriti yang sering menimbulkan kontroversi itu hadir kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan).

Sesuai dengan sifatnya, kemunculan itu tidak lepas daripada pemerhatian ramai, termasuk wartawan.

Menurut laporan kapanlagi.com wartawan ibu tunggal kepada dua anak itu berpakaian baju hitam berlengan panjang kelihatan seperti tidak mengenakan coli.

Untuk mendapatkan pengesahan wartawan bertanya soalan berkenaan kepada Nikita, 30.

Dia kemudian secara terus terang mengakui tidak memakai coli kerana "tergesa-gesa" sehingga terlupa mengenakannya.

Nikita diarah memberi keterangan kepada polis yang menyiasat kes pemerdagangan orang serta pelacuran ekoran tertangkapnya seorang lelaki bulan lalu.

Disember tahun lalu Nikita dan Puty Revita - bekas peserta ratu cantik Indonesia - ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Polis mendapati keterangan Nikita dan suspek berkenaan bercanggah apabila ditanya apa tujuan selebriti berkenaan berada di hotel mewah pada malam dia ditangkap.

Ketika ditanya butiran pertemuan Nikita dengan polis hari ini, dia bagaimanapun enggan memberi komen lanjut.

0 Response to " (Foto) 'Saya memang tak pakai coli, tak sempat' "

Post a Comment