TAMPIN
– Seorang wanita kini hidup dalam trauma apabila menjadi mangsa nafsu
buas bekas suaminya dalam kejadian di kawasan ladang kelapa sawit
Tampin, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun baru sahaja pulang bersama keluarganya dari salah sebuah kuil di Gemencheh.
Menurut sumber, sebaik mangsa sampai di hadapan rumah, bekas suami mangsa berusia 37 tahun itu masuk ke dalam kereta mangsa dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam ke keretanya.
“Mangsa enggan mengikuti arahan tersebut, namun bekas suaminya memaksa serta menolak mangsa masuk ke dalam keretanya. Ibu mangsa cuba menghalang, namun dia turut ditolak lelaki itu.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan ladang kelapa di Tampin dan suami mangsa cuba berbincang serta memujuk mangsa untuk kembali kepadanya selepas mereka bercerai kira-kira dua tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa tidak mahu kembali bersama bekas suaminya, lebih-lebih lagi bekas suaminya itu mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes berkaitan dadah serta ugutan jenayah.
Berang dengan pujukannya ditolak mangsa, lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.
"Mangsa juga diugut ditumbuk sekiranya tidak mahu melakukan hubungan seks selain tangan mangsa turut dipegang sehingga bengkak.
"Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa menuruti kehendak bekas suaminya. Mangsa kemudiannya dihantar pulang kira-kira jam 5 pagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, suspek telah ditangkap semalam bagi membantu siasatan dan ditahan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan dibuat.

0 Response to "Wanita trauma diperkosa bekas suami di ladang kelapa sawit "
Post a Comment