Pilu!! Adik Kecil ini hanya mampu Minum susu guna wayar

Pasir Mas: Dia baru berusia setahun, namun hanya mampu terbaring dan tidak aktif seperti bayi seusia yang sudah mampu berjalan berikutan menghidap penyakit Celebral Palsy sejak lahir. Itu nasib menimpa Muhammad Iman Putra Rosman yang turut menghidap masalah paru-paru kronik. Lebih menyedihkan, bayi berkenaan terpaksa minum susu menggunakan wayar khas selain perlu makan enam jenis ubat setiap hari termasuk ubat tidur. Ibunya, Azlina Ghazali, 29, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas, Pulau Pinang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama lapan bulan sejak Januari lalu semata-mata untuk menjaga anaknya kerana suaminya bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Setiu, Terengganu. Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya itu menghidap penyakit berkenaan kerana doktor mengesahkan kandungannya berada dalam baik

0 Response to "Pilu!! Adik Kecil ini hanya mampu Minum susu guna wayar "

Post a Comment