GEMPAR!! Diperkosa adik beradik suami pada malam pertama

UTTAR PRADESH, India 30 Julai - Seorang wanita di sebuah kampung di sini dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa rogol berkumpulan sebagai satu 'hukuman' ekoran adik lelakinya melarikan isteri orang. Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu diberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan abang kepada kekasih adiknya sebagai tindakan membalas dendam atas perbuatan keji mereka. Selepas dipaksa berkahwin, wanita malang itu turut menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh adik-beradik suaminya. Apa yang lebih memeranjatkan, perbuatan kejam itu disokong golongan tua di perkampungan itu yang menyifatkannya sebagai 'cara terbaik untuk membalas dendam'. Wanita itu memberitahu polis bahawa dia terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan abang kekasih adiknya kerana bimbang berlaku pertumpahan darah di perkampungan itu. "Abang ipar saya merogol saya tanpa belas kasihan, beberapa jam selepas saya berkahwin. "Bapa mertua saya mendakwa dia bersetuju dengan perkahwinan paksa ini kerana ingin membalas dendam atas perbuatan adik saya yang melarikan menantunya," katanya. Selain dipaksa berkahwin, wanita malang itu diminta membayar wang pampasan sebanyak 75,000 rupee (RM4,080) kepada keluarga mertuanya. Menurut jurucakap polis, Manzil Saini, wanita malang itu dipaksa berkahwin pada 15 Februari lalu. "Pada 21 Julai lalu, wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah suaminya dan melaporkan kejadian itu kepada polis, kelmarin. "Kes telah dibuka dan siasatan akan dilakukan secara terperinci," ujarnya

0 Response to "GEMPAR!! Diperkosa adik beradik suami pada malam pertama "

Post a Comment