Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan
Kata Julia dia bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.
"Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.
"Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja.
"Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.
"Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur," katanya seperti yang dilaporkan mStar online sekaligus mengulas tentang gambar-gambarnya berbikini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
0 Response to "Perhh Pengakuan Selamba!! (Foto) 'Biasalah pakai bikini, saya tak pelik pun' - Julia Ziegler "
Post a Comment