foto hiasan |
Seremban: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menangis teresak-esak apabila menjadi mangsa cabul lelaki dalam kejadian di kedai buku di pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin. Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 petang, mangsa yang juga pelajar sekolah menengah ke kedai buku di pasar raya itu ditemani ibunya. Menurut sumber itu, sewaktu membaca buku, lelaki yang tidak dikenali menyelak kain dipakai mangsa sebelum memegang punggungnya. “Tidak cukup itu, suspek turut menyentuh kemaluan remaja terbabit menyebabkan mangsa menangis teresak-esak,” kata sumber itu. Sumber itu menambah, selepas melakukan perbuatan itu, suspek melarikan diri. “Menyaksikan anaknya menangis di khalayak ramai, ibu mangsa berusia 40-an bertanya apa terjadi dan dimaklumkan kejadian. “Berikutan itu, wanita terbabit meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut mendapati perbuatan suspek terhadap mangsa,” kata sumber itu lagi. Menurut sumber itu, berdasarkan rakaman CCTV, suspek dianggarkan berusia 20-an. Kata sumber itu, ekoran kejadian berkenaan, mangsa dan ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. “Suspek kini diburu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.
0 Response to "Gadis sunti menangis alat sulit diraba"
Post a Comment