MEMALUKAN!!! Rakyat Malaysia Menjatuhkan Maruah Sendiri Di Bumi Australia

Rafiz menunjukkan jari tengah yang langsung tidak melambangkan ciri-ciri "islam". Memalukan!
Banggakah kita dengan perlakuan sebegini? Dimanakah adab serta maruah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara? Hanya dengan cerita fitnah dan tohmahan bersandarkan bukti yang direka-reka, pemuda Melayu ini memalukan diri sendiri, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Imej protes yang menggambarkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak sebagai badut kini dibawa taman tema di Gold Coast, Australia.
Imej berkenaan dibawa oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara itu semasa bergambar dengan watak-watak wira dan maskot di taman tema itu.
Abd Rafiz Abd Malek dari Sungai Petani, Kedah memuat-naikkan siri gambar-gambar itu di Facebook dengan hashtag #? Kitasemuapenghasut? dengan imej 'badut Najib'.

Kumpulan pertama gambar berkenaan dirakamkan di taman tema Sea World di Gold Coast Australia di mana 'badut Najib' dipaparkan bersama makhluk laut dan penghibur taman tema, termasuk sotong.
Kumpulan kedua gambar pula menunjukkan imej 'badut Najib' bersama watak penjahat komik, wira serta watak kartun di Warner Bros Movie World.
Ketika dihubungi, Abd Rafiz yang bekerja di ladang memetik buah-buahan dan memerah susu lembu, berkata beliau berkongsi gambar-gambar 'badut Najib' sebagai bantahan terhadap apa yang beliau lihat sebagai rasuah besar di negara ini.
"Saya kongsi #kamisemuapenghasut kerana saya amat kecewa dengan Najib. Kerana dirinya, Malaysia hari ini berada dalam keadaan musnah, dan negara (kini) tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan perasaan,” katanya. (SUMBER)
Apa yang dikesalkan, tindakan-tindakan sebegini tidak dapat ditangani baik dari perundangan mahupun penguatkuasaan. Seandainya tiada sebarang perubahan dalam sistem perundangan kita atau pun dunia, nescaya sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Inilah bahana "dunia tanpa sempadan".

Mungkin dia lupa pepatah lama; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri......

0 Response to "MEMALUKAN!!! Rakyat Malaysia Menjatuhkan Maruah Sendiri Di Bumi Australia "

Post a Comment