Terkejut bila tengok gambar-gambar tak berbaju Qas dalam telefon ayah..


SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.

“Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada.’’ Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.

“Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.

“Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.

“Saya tahu ayah ada ‘sahabat pena’. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?

“Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.

“Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.

0 Response to "Terkejut bila tengok gambar-gambar tak berbaju Qas dalam telefon ayah.. "

Post a Comment